Tokoh- Tokoh Agama & Kemerdekaan Di Alam Melayu

Tokoh- tokoh Agama dan Kemerdekaan di Alam Melayu ini merupakan sebuah buku yang mengandungi biografi 28 orang ulama yang sangat popular di alam Melayu pada awal dan pertengahan abad ke- 20.

Penerbitan buku yang berkaitan dengan ulama ini difikirkan perlu kerana sebelum ini  sumbangan dan juga bakti yang ditaburkan oleh golongan ulama hampir pupus ditelan zaman. Pada suatu ketika dahulu golongan ulamalah yang sebenarnya telah menyalurkan perkembangan pemikiran, penulisan dan ilmu pengetahuan tentang Islam melalui institusi pendidikan.

Institusi pendidikan yang mereka wujudkan dalam masyarakat lebih dikenali sebagai pondok. Oleh itu, usaha – usaha yang positif perlu dilakukan untuk mendokumentasikannya dalam bentuk yang lebih abadi seperti buku bagi tatapan umum terutamanya generasi muda sekarang.

Selain daripada itu, dengan adanya buku ini, masyarakat umum dapat mengenali dengan lebih dekat tokoh- tokoh ulama Nusantara serta dapat mengenang kembali jasa- jasa mereka. Buku ini juga dapat membentuk peribadi umat yang unggul, muslimin dan muslimat yang beriman dan bertakwa agar menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab kepada pembangunan dan kemajuan negara.

Seterusnya, buku ini cuba mengutarakan kepada kita semua mengenai liku- liku hidup dan kehebatan tokoh- tokoh agama sebagai golongan yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

Dengan terbitnya buku ini, pembaca akan dapat menyelami lagi akan kepentingan tokoh- tokoh agama dan kemerdekaan pada zaman silam itu. Mereka bukan sahaja wajar dikenang tetapi segala pengajaran yang terkandung di dalam buku ini dapat dijadikan teladan kepada generasi muda.

Buku ini akan dapat memberi sumbangan kesedaran kepada generasi muda di dalam merintis jalan keilmuan dan kebaktian yang amat mendalam untuk agama, bangsa dan negara kita seperti yang telah dilakukan oleh tokoh- tokoh agama terdahulu.

 

Penulis : Tajudin Saman

Abd Manaf Ahmad

Halaman : 137 mukasurat
Harga : RM17.00
ISBN : 978-983-9878-62-2
Penerbit : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Kompleks Islam Putrajaya,

Aras 4 Blok D,

No. 3, Jalan Tun Razak,

Presint 3, 62100 Putrajaya.

Tel : 03- 88703870

buku.yadim.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.