Penyebaran dakwah melalui bahan-bahan cetakan amat penting dalam insiatif penyampaian maklumat mengenai Islam kepada masyarakat. Bahan-bahan cetakan bermula dari zaman Rasulullah SAW yang merupakan warisan khazanah Intelektual sehinga kini. Aktiviti penerbitan melalui media cetak ini menjadi salah satu pilihan masyarakat untuk pemahaman dan peningkatan ilmu pengetahuan.

Rentetan dari kepentingan tersebut, Penerbitan YADIM telah dibangunkan di awal penubuhan YADIM pada era 1970an. Unit penerbitan tersebut ditubuhkan bagi menerbitkan majalah, buku, risalah, manuskrip dan sebagainya sebagai usaha penyampaian dakwah kepada masyarakat. Hal ini sebagaimana harapan Yang Dipertua YADIM pertama iaitu Y.B Tan Sri Syed Nasir Ismail di perjumpaan Badan-badan Dakwah seluruh Malaysia pada 29 April 1974. Dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa :

 

“..adalah menjadi hasrat YADIM untuk mengeluarkan penerbitan dalampelbagai bentuk dan corak yang berjiwa Islam. Saya suka menarikperhatianpara penulis dan sasterawan tanahair kita bahawa kitasangat memerlukan bahan-bahan sastera yang berunsur Islam baikdalam bentuk sajak, cerpen, drama dan sebagainya untuk bacaan dansebagainya untuk bacaan danpanduan umat Islam. Oleh yangdemikian, saya menyeru dan mengajak parasasterawan, penyajak,pengarang dan penulis yang sedang giat menghasilkan karyamereka untk memperkayakan sastera bangsa kita melauskan atau mengalih pula kegiatan mereka kepada bidang sastera yang berunsurIslam.Saya berharap ramai daripada penulis kita yang berjiwa Islamakan tampiluntuk mengisi kekosongan dalam jurusan yang belummereka tempuh. saya berharap penulisan dalam bidang agama ini akantumbuh dengan suburnyadalam dada pengarang-pengarang kitaseimbang tumbuhnya penulisan di bidang sastera bangsa yang sudahsubur dan merendang itu..”

 

Kesinambungan dari penyataan di atas, kronologi penubuhan bahagian penerbitan di YADIM sebagaimana tahun berikut :

  1. 1977-2000 unit penerbitan
  2. 2000-2003 Bahagian Penerbitan dan Dokumentasi.
  3. 2003-2010 bahagian penerbitan ini diletakkan dibawah Bahagian Dakwah Profesional.
  4. 2010-2013 Bahagian Penerbitan di bawah Sektor Analisa Dan Penyelidikan
  5. 2013 Bahagian Penerbitan di bawah Pasukan Komunikasi YADIM (PASKOM)
  6. 2016-2018 Bahagian Penerbitan di Sektor Operasi YADIM
  7. 2018 hingga kini Bahagian Penerbitan di bawah Sektor Penyelidikan, Penerbitan Dan Antarabangsa (SPPA) YADIM