Kejatuhan Ideologi

Kejatuhan ideologi materialism pada penghujung abad ke 20 menyaksikan kesedaran masyarakat dunia terhadap keistimewaan dan kesempurnaan Islam dari sudut akidah dan tamadunnya. Jika dahulu, ideologi bersandarkan kebendaaan dianggap sebagai pengganti keperluan beragama. Kini telah berubah menjadi pemusnah dan pembawa kehancuran pada kehidupan manusia sejagat.

Setiap hari masyarakat dunia berhadapan dengan berbagai gejala sosial yang membabitkan perebutan kuasa dan wang yang seringkali berakhir dengan tragedi dan pembunuhan. Kekeliruan dan kekalutan ini merupakan peringkat terpenting bagi umat Islam memberi perhatian semula terhadap agenda pengisian Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Penulisan buku ini, Anwar Al- Jundi berjaya memperjelaskan akan kekurangan serta keampuhan sistem yang berdasarkan materialism ini dengan pergolahan kata dan buah fikiran yang bernas. Malah beliau juga memperlihatkan bagaimana Islam yang diletakkan di atas dasar yang mantap iaitu Al- Quran dan Sunnah mampu memainkan peranan penting dalam memenuhi kekosongan tersebut. Perkara inilah yang perlu diberi penekanan oleh masyarakat muslim kini agar Islam kembali menyinari dan subur berkembang ke  seluruh pelosok dunia sekaligus membuktikan agama Islam penyatu umat manusia.

Dalam buku ini, penulis telah menerangkan dengan cukup jelas kejatuhan sistem yang berdasarkan materialism semata – mata, kekosongan yang ditinggalkannya dan bagaimana Islam mampu memenuhi tuntutan yang mendesak itu. Inilah yang perlu difahami dan disedari oleh masyarakat Islam, khasnya generasi muda ketika kita melangkah ke arah abad ke 21.

Seterusnya, punulis buku ini adalah seorang pemikir Islam yang terkemuka dan produktif. Karya – karyanya telah mula disiarkan sejak perang dunia kedua dan berterusan hingga sekarang. Rencana- rencana penulis Mesir ini memenuhi ruang istimewa di kebanyakan akhbar dan majalah Islam di Mesir dan dunia arab. Dalam tulisannya, beliau menumpukan perhatian khusus kepada isu- isu yang melibatkan Islam dan ideologi serta fikiran dan media barat. Beliau menggunakan penanya yang tajam itu untuk mematahkan hujah – hujah musuh Islam dan mempertahankan keunggulan sistem ciptaan Allah S.W.T. itu

RM9.00

Out of stock

Kategori: Ideologi

Cetakan Pertama 2001

Penulis: Rosli Alias

160 halaman

300g

Kulit Lembut

983-40581-6-0

MYR 9.00

Bahasa Malaysia

Weight 0.3 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kejatuhan Ideologi”