Tajdid Pemikiran Islam

Buku Tajdid Pemikiran Islam merupakan himpunan kertas kerja yang memuatkan pandangan dan tulisan ahli-ahli akademik terkemuka dari Malaysia dan juga Indonesia. Prosiding ini merupakan koleksi himpunan kertas kerja yang dibentangkan pada 10 sehingga 12 Februari 2006 di Sahid Hotel Jaya, Jakarta, Indonesia sempena Konferensi “Reformasi Pemikiran dan Pendidikan dalam Dunia Islam”, anjuran bersama YADIM dan Centre for Moderate Muslim (CCM).

Prosiding ini ditulis oleh tokoh- tokoh akademik terkemuka dari kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Kertas kerja yang dibentangkan meliputi aspek agama, sosial, pendidikan dan juga isu- isu yang memerlukan kepada pembaharuan pemikiran. Penerbitan ini adalah berdasarkan kertas kerja asal yang dibentang dalam seminar berkenaan dan mengekalkan sesetengah bahasa atau istilah Indonesia yang digunakan.

RM13.00

Out of stock

Kategori: Pemikiran

Cetakan Pertama

Penyunting: Zalilah Bahari dan Siti Suhafzan Sh. Ibrahim

139 halaman

150g

Kulit Lembut

978-967-5128-05-9

MYR 13.00

Bahasa Malaysia

Weight 0.1 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Tajdid Pemikiran Islam”