| Weight | 1 kg |
|---|
TERAS TAMADUN ALAM MELAYU
Judul : TERAS TAMADUN ALAM MELAYU
Harga : RM 230.00
Halaman : 820 muka surat
SINOPSIS:
Buku ini mengangkat peranan Islam sebagai tenaga utama dalam pembinaan tamadun Alam Melayu, merangkumi Semenanjung Tanah Melayu, Selatan Filipina, Selatan Thailand dan Campa. Islam digambarkan bukan sekadar agama yang dianuti, tetapi sebagai kekuatan pengubah zaman yang membentuk sahsiah, pandangan sarwa, sistem sosial, politik, ekonomi, diplomasi serta tradisi ilmu masyarakat Melayu.
Berpaksikan tiga bidang ilmu teras, iaitu usuluddin, fiqah dan tasawwuf, buku ini menelusuri bagaimana tradisi keilmuan dan persuratan Islam membina revolusi akidah dan revolusi akhlak dalam masyarakat. Perkembangan karya-karya akidah, kitab-kitab fiqah Syafii, penulisan ulama Nusantara, gerakan tarekat dan tokoh-tokoh sufi dihuraikan sebagai nadi pembentukan peradaban Islam Alam Melayu.
Buku ini turut memperlihatkan kesan Islam terhadap pemerintahan kesultanan, pengkanunan Undang-Undang Melayu Lama, kebangkitan perdagangan, hubungan luar, penentangan terhadap imperialisme serta perkembangan sains dan teknologi tempatan. Tokoh-tokoh seperti Hamzah Fansuri, al-Raniri, Abdus Samad al-Palembani, Syeikh Daud al-Fatani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Tok Kenali, Raja Ali Haji, Wan Ahmad Zain dan Karaeng Pattingalloang diketengahkan sebagai penyuluh zaman yang menggerakkan keilmuan, persuratan dan peradaban.
Secara keseluruhannya, buku ini merupakan usaha pencerahan untuk meluruskan salah tafsir sejarah dan menegaskan bahawa Islam bukan faktor pinggiran, tetapi paksi utama peralihan zaman dan pembangunan tamadun Alam Melayu.
RM230.00












Reviews
There are no reviews yet.