Weight | 0.35 kg |
---|
MAJALAH DAKWAH ISU KE-61
TEPUNG DAN GARAM?
SINOPSIS
Dimanakah adab kamu?
Rentetan daripada isu penganjuran konsert antarabangsa sewaktu festival muzik Good Vibes yang berlangsung pada tahun lalu yang jelas sekali menyentuh sensitiviti masyarakat khususnya yang bertentangan dengan adab dan nilai budaya tempatan.
Seorang ulama ada berpesan kepada anaknya, “wahai anakku, jadikanlah amalmu ibarat garam dan
adabmu ibarat tepung. Perbanyakkanlah adab sehingga perbandingan banyaknya seperti
perbandingan tepung dan garam dalam satu adunan. Banyak adab dengan sedikit amal soleh lebih
baik daripada banyak amal namun sedikit adabnya.”
Jika dibicarakan tentang adab dan dakwah, pastinya kita tertanya-tanya bagaimana agaknya untuk
memastikan supaya orang bukan Islam yang melihat kita tertarik lantas jatuh hati dengan keindahan
agama Islam?
Apakah cara yang berkesan untuk kita menyelamatkan kembali ummah terutamanya
umat Islam yang kini berdepan dengan krisis adab dan akhlak yang kritikal?
Mahu tahu lebih lagi? Ayuh dapatkan koleksi MAJALAH DAKWAH yang mengupas pelbagai topik dengan sentuhan kontemporari dan pastinya autentik dan berwibawa oleh kolumnis berkepakaran kami.
SPESIFIKASI MAJALAH
* 100 Halaman
* 350 g
* Kulit Lembut
* Bahasa Melayu
RM8.00
Reviews
There are no reviews yet.