PENCARIAN MANUSKRIP YADIM

YADIM membuka peluang kepada para penulis untuk menghantar manuskrip baharu bagi penilaian dan diterbitkan oleh pihak kami.

Anda boleh imbas kod QR di poster atau terus klik pautan di bawah: https://forms.gle/APGKdkPErxtaozUq8


FAQ | SOALAN LAZIM PENERBITAN

  1. Apakah genre yang diterbitkan oleh penerbitan YADIM?
    • Semua kategori buku kreatif dan buku bukan kreatif dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa sukuan.
    • Karya terjemahan daripada bahasa Indonesia, bahasa Inggeris, bahasa Arab, dan lain-lain yang bersesuaian.
  2. Apakah syarat penghantaran manuskrip?
    • Manuskrip mestilah karya asli dan tidak pernah diterbitkan secara swaterbit ataupun dengan penerbit lain.
  3. Berapakah bilangan muka surat yang diperlukan?
    • Tiada mimimum muka surat. Pertambahan atau pengurangan muka surat akan dimaklumkan setelah dinilai oleh editor.
  4. Bagaimana proses penilaian dilakukan dan dalam tempoh berapa lama?
    • Setiap manuskrip akan melalui proses penilaian luar atau dalaman yang telah digariskan oleh YADIM dan dibawa ke Mesyuarat Editorial.
    • Jika manuskrip diterima, pihak kami akan memaklumkan kepada anda dalam tempoh enam bulan selepas penghantaran manuskrip.
  5. Buku akan dicetak berapa banyak?
    • Jumlah cetakan manuskrip yang dipersetujui diterbitkan adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat dan juga Dasar Penerbitan.
  6. Bagaimana kadar bayaran royalti akan dikira?
    • Bayaran royalti dengan kadar tidak lebih dari 12 peratus dan tidak kurang dari 7.5 peratus mengikut jenis manuskrip yang dipersetujui diterbitkan oleh YADIM. Juga,tertakluk kepada perjanjian penerbitan.
  7. Kontrak penerbitan manuskrip bawah YADIM untuk berapa tahun ya?
    • Tertakluk kepada perjanjian penerbitan.
  8. Bilakah tarikh tutup penghantaran pencarian manuskrip?
    • Manuskrip boleh dihantar sepanjang tahun melalui borang yang disediakan.
  9. Untuk penghantaran manuskrip ada format tertentu ke?
    • Pihak kami terbuka untuk anda menghantar karya manuskrip anda sama ada yang sudah direka bentuk kandungan ataupun belum.

Tekan pautan di bawah untuk menghantar manuskrip:

Borang Penghantaran Manuskrip:

https://forms.gle/jiCkvh3Hb45ZPiF66

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Unit Penerbitan Buku dan Jurnal,

Bahagian Penerbitan,

Sektor Penyelidikan, Penerbitan, dan Antarabangsa,

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM),

Aras 3 & 4, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya,

No.3, Jalan Tun Abdul Razak,

Presint 3, 62100 Putrajaya.

Tel.: 03- 8870 3870 Ext 210
(u.p.: Puan Najwa Najib)

Faks: 03- 8870 3996

E-mel: pencarianmanuskrip@yadim.com.my atau unitbuku@yadim.com.my

Laman web: https://buku.yadim.com.my/


PANDUAN PENGHANTARAN MANUSKRIP

  • Manuskrip yang dihasilkan hendaklah ditulis di dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau bahasa Arab.
  • Manuskrip yang diserahkan hendaklah karya asli yang belum pernah diterbitkan oleh penerbit lain atau secara swaterbit.
  • Penerbitan YADIM menggunakan gaya dewan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
BILPERKARAPERINCIAN
 1KertasDitaip pada kertas saiz A4
2 Ukuran• Jidar atas     : 3.5 cm dari birai atas
• Jidar kanan  : 2.5 cm dari birai kanan
• Jidar kiri       : 3.8 cm dari birai kiri
• Jidar bawah : 2.5 cm dari jidar bawah
• Permulaan tajuk bab dimulakan 5 cm dari birai atas.
3 Jenis Huruf dan Saiz• Skrip bertulisan rumi ditaip menggunakan;
   – font Arial, 12 point font dengan langkau 1.5  baris.
• Teks jawi/arab menggunakan font Traditional Arabic,  18 point.
 4SpacingPermulaan bagi setiap perenggan baharu ialah (space)  ensotan (permulaan darir tepi) satu tab.
 5TajukTajuk setiap bab dicetak menggunakan HURUF BESAR dan TEBAL (bold).
 6SubtajukSub-tajuk menuggunakan huruf  lower case dan  tebal (bold).
7 Sistem EjaanSistem ejaan adalah merujuk kepada Kamus Dewan Perdana dan Daftar Ejaan Rumi Bahasa  Malaysia Dewan Bahasa dan  Pustaka.
8 TransliterasiKata/istilah Arab ditransliterasi mengikut kaedah sebutan dan dicetak dengan huruf  condong dengan mengabaikan transliterasi berpandukan konsonan, vokal dan tanda baris. Contoh: fiqh, mad, qasr, rahmatanlilalamin
9 Ejaan  • Ejaan kata Arab yang menjadi kata umum adalah merujuk kepada Daftar.  • Ejaan Rumi Bahasa  Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Contoh: reda (redha), Ramadan, Fiqah, (ahli) Sunnah  Wal Jamaah.
10 Ayat al-Quran• Nombor surah dan ayat al-Quran. (17:70) • Tulisan Calibri Light 10
• Terjemahan petikan ayat al-Quran dicetak dalam huruf condong, dengan menyatakan surah dan nombor ayat.
• Terjemahan ayat al-Quran adalah merujuk kepada al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan terbitan Yayasan Restu, Malaysia.

•Formatnya:-  

Firman Allah SWT:
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِى ءَادَمَ وَحَمَلْنٰهُمْ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ وَرَزَقْنٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبٰتِ وَفَضَّلْنٰهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan. (Al-Isra 17:70)                                                               
 11Hadis• Terjemahan hadis dicetak dalam huruf normal (tidak     condong) • Masukkan dalam kurungan • Menyatakan sumber hadis
12 Petikan
Kata-Kata Tokoh/Individu
Saiz tulisan dikecilkan (saiz 11)
13 Tajuk BukuItalickan
14 Nota Kaki• Nota kaki dicetak menggunakan font Arial.
• 9 poin tanpa langkau baris (single spacing).
• Tanda baca dulu baru nota kaki.
• Contoh: Sebuah naskhah yang padat.90  
 15Nombor Muka SuratNombor muka surat dicetak di setiap halaman di bahagian tengah  jidar bawah menggunakan font Arial, 11 poin.
 16Nombor di Permulaan AyatNombor di permulaan ayat dieja penuh kecuali nombor yang menunjukkan tahun kalendar; nombor yang kurang daripada 10, dieja penuh.

Contoh : Sepuluh orang kanak-kanak
1980 tahun yang cemerlang
 
Mohon penterjemah menyatakan jumlah   perkataan (daripada karya asal) yang diterjemah mengikut nombor halaman naskhah karya asal.
 17Ejaan yang betul dan kerap kali digunakan• Allah SWT
• Baginda  Rasulullah SAW
• Mekah/Makkah
• Sunah
• al-Quran dan al-Sunah
• Ahli Sunnah Wal Jamaah