YADIM mengalu-alukan sebarang bentukartikel / karya/ manuskrip yang ingin diterbitkan bertepatan dengan objektif bahagian penerbitan iaitu menerbitkan bahan-bahan yang bermutu dalam pelbagai variasi yang berjiwa Islam.

Segala sumbangan boleh di hantar kepada Ketua Editor atau emailkan kepada :

Pengarah Bahagian Penerbitan & Pemasaran

YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA

Aras 4, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya

No 3 Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,

62100 Putrajaya

Tel: 03-88703870

Fax : 03-88703871/72

 

Atau email kepada; majalah.dakwah@yadim.com.my

 

SYARAT PENULISAN MANUSKRIP BUKU

  • Hasil karya bersifat terbuka, sama ada fiksyen mahupun non-fiksyen atau berbentuk novel Islami, agama, kekeluargaan, pendidikan serta motivasi.
  • Setiap hasil karya yang diterima akan dinilai terlebih dahulu oleh pihak YADIM.
  • Aspek penilaian adalah dari segi kandungan, jalan cerita, gaya bahasa dan potensi jualan.
  • Penulis akan diberi bayaran royalti bagi mana-mana manuskrip yang diterbitkan oleh YADIM.
  • Penulis juga perlu menandatangani perjanjian penerbitan terlebih dahulu.

PENULISAN MANUSKRIP MESTILAH SEPERTI BERIKUT:

  • Nama penulis
  • Tajuk manuskrip
  • Sinopsis
  • Hasil karya perlu ditulis di atas kertas bersaiz A4.
  • Ditaip menggunakan font times new roman bersaiz 12 pt.
  • Baris antara ayat perlu dibuat “double spacing”.
  • Manuskrip yang mempunyai terjemahan al-Quran, penulis perlulah menyediakan ayat al-Quran tersebut.
  • Bagi karya novel, jumlah halaman hasil penulisan anda perlulah di antara 350 m.s – 700 hlm.