Majalah Dakwah diterbitkan dua bulan sekali dengan pelbagai isu dan topik yang menarik maklumat untuk sebaran dakwah kepada masyarakat. Terdapat 19 isi kandungan yang terdapat dalam Majalah Dakwah iaitu topik, fokus, reaksi, komentar, tanggapan, langit terbuka, zihin mukmin, sekelibat, peribadi, hikmah, fikrah, tokoh agung, ratna nusantara, cerpen Islami, suri, bingkisan rohani, tafsir, muhasabah dan mutiara hadis.

Sebarang sumbangan artikel boleh dialamatkan kepada Ketua Editor. Ketua Editor berhak menyunting tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Jika artikel tidak disiarkan dalam tempoh enam bulan selepas dihantar, artikel itu dianggap tidak akan disiarkan. Ketua editor tidak bertanggungjawab atas kehilangan artikel yang dikirimkan melalui pos. Sila nyatakan sama ada artikel yang dihantar kepada Ketua Editor juga dihantar kepada penerbit lain atau tidak. Apabila anda mengirimkan sebarang tulisan, sila catatkan maklumat dibawah :

  • Nama Sebenar (nama pena jika ada)

  • No Kad Pengenalan

  • Alamat

  • No Telefon

  • No akaun bank dan nama bank