Sumbangan Karya
YADIM mengalu-alukan sebarang bentukartikel / karya/ manuskrip yang ingin diterbitkan bertepatan dengan objektif bahagian penerbitan iaitu menerbitkan bahan-bahan yang bermutu dalam pelbagai variasi yang berjiwa Islam.
Segala sumbangan boleh di hantar kepada Ketua Editor atau emailkan kepada :
Pengarah Bahagian Penerbitan & Pemasaran
YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA
Aras 4, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya
No 3 Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya
Tel: 03-88703870
Fax : 03-88703871/72
Atau email kepada; majalah.dakwah@yadim.com.my
SYARAT PENULISAN MANUSKRIP BUKU
- Hasil karya bersifat terbuka, sama ada fiksyen mahupun non-fiksyen atau berbentuk novel Islami, agama, kekeluargaan, pendidikan serta motivasi.
- Setiap hasil karya yang diterima akan dinilai terlebih dahulu oleh pihak YADIM.
- Aspek penilaian adalah dari segi kandungan, jalan cerita, gaya bahasa dan potensi jualan.
- Penulis akan diberi bayaran royalti bagi mana-mana manuskrip yang diterbitkan oleh YADIM.
- Penulis juga perlu menandatangani perjanjian penerbitan terlebih dahulu.
PENULISAN MANUSKRIP MESTILAH SEPERTI BERIKUT:
- Nama penulis
- Tajuk manuskrip
- Sinopsis
- Hasil karya perlu ditulis di atas kertas bersaiz A4.
- Ditaip menggunakan font times new roman bersaiz 12 pt.
- Baris antara ayat perlu dibuat “double spacing”.
- Manuskrip yang mempunyai terjemahan al-Quran, penulis perlulah menyediakan ayat al-Quran tersebut.
- Bagi karya novel, jumlah halaman hasil penulisan anda perlulah di antara 350 m.s – 700 hlm.