Antologi ini menghimpunkan 25 cerpen terbaik yang dipilih melalui Sayembara Penulisan Dakwah (Cerpen) anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Dengan membawa tema dakwah dan kasih sayang dari pelbagai perspektif, cerpen-cerpen ini mengajak pembaca menghargai nilai kasih sayang yang semakin terhakis dalam kalangan masyarakat kini. Apatah lagi dakwah dan kasih sayang berkait rapat kerana kasihkan sesama insan, manusia diseru saling mengingatkan dan berpesan-pesan ke arah kebaikan.
‘Biru Langit Itu” dipilih sebagai judul antologi, mengupas nilai kasih sayang seorang anak terhadap pengorbanan ibu yang tidak berpenghujung dan tidak pernah meminta balasan. Keluhuran budi dan kasih sayang yang ikhlas dan kerana Allah SWT mampu memadam dendam disebabkan oleh kekejaman dan ketidakadilan. Dan, bagaimana Allah SWT membalas kesabaran hamba-hamba-Nya dengan rahmat yang didatangkan dalam pelbagai bentuk dan cara.
Zamani Karulani –
Antologi cerpen, jadi banyak gaya penulisan daripada penulis yang pelbagai latar belakang.
Menarik. Harap YADIM dapat anjurkan lagi pertandingan sebegini supaya lebih ramai penulis dapat menyumbangkan ilham dalam arena dakwah.