Penerang Akidah

Akidah ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah Taala sebagai Rabb dan Ilah, serta beriman dengan  nama-nama-Nya dan segala sifat-Nya; beriman adanya malaikat, dengan kitab-kitab-Nya, para nabi dan rasul-Nya.  Hari Akhirat; beriman dengan takdir-Nya sama ada yang baik atau buruk; percaya bahawa setiap sesuatu itu datang daripada Allah Taala.

Setiap orang Islam wajib patuh dan taat kepada segala ajaran dan petunjuk-Nya. Islam adalah keimanan dan keyakinan terhadap Allah Taala dan Rasul-Nya.  Apa yang dibawa oleh para Rasul perlu dilaksanakan dalam kehidupan. Akidah merupakan perkara utama yang menjadi tembok kukuh untuk mengawal dan menahan setiap orang Islam daripada terpesong dan terpengaruh daripada segala ancaman yang boleh menggugat keimanan.

Buku ini diterjemah daripada kitab Bahjah An- Nazor dan merupakan suatu usaha oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menanam kebenaran Ahlus-Sunnah wal-Jamaah dan seterusnya menjadi panduan kepada masyarakat dalam menjawab persoalan- persoalan dasar bagi meningkatkan pemahaman tentang agama Islam yang diimani.

Ditulis dalam gaya yang ringkas dan mudah difahami, buku ini sesuai unutk bacaan segenap lapisan masyarakat sebagai panduan ke arah lebih memahami persoalan-persoalan berkaitan akidah dan bahaya gejala penyelewengan serta murtad. Semoga Allah Taala memberkati segala usaha dan amalan dalam menuju keredaan-Nya.

RM9.70

Kategori: Soal Jawab Aqidah

Cetakan ke-2 2016

Penulis: Ahmad Hafiz Mohd. Alwi Al-Bakaniyy

71 halaman

100g

Kulit Lembut

978-967-5128-06-6

MYR 14.90

Bahasa Malaysia

Weight 0.1 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Penerang Akidah”