Celik Muamalah

Persoalan berkenaan muamalah sentiasa timbul di tengah-tengah masyarakat kerana ia berkembang sesuai dengan perkembangan peradaban umat manusia itu sendiri. Menerusi buku Celik Muamalah, pembaca dapat mengetahui dan mendalami akan hukum-hukum mengenai urusan muamalah di sebalik penetapan hukum, sebab, sumber dan hubung kaitnya dengan objektif syariat Islam secara umum. Ini bagi memastikan hukum yang diputuskan dapat disesuaikan dengan permasalahan baharu yang timbul.

Kandungan Celik Muamalah ini mencakupi hukum-hukum syarak yang disusun bagi mengatur urusan sesama manusia di dunia, sama ada yang berkaitan dengan harta, pengurusan kewangan, hutang, pelaburan, jual beli, takaful, wakaf dan lain-lain/ Penerangan dikuatkan dengan nas al-Quran dan al-Hadis yang sohih serta dihuraikan dengan cara yang menarik.

Buku ini membincangkan beberapa aspek muamalah dan seterusnya menjadi asas kepada pembangunan kewangan dan ekonomi Islam yang halal dan patuh syariah. Buku ini juga mampu memberi sumbangan hukum syarak di dalam bidang muamalah dan seterusnya menjadi bahan rujukan berguna.

RM35.00 RM23.00

Kategori: Kewangan Islam

Cetakan Pertama 2018

Penulis: Abdul Aziz Ismail

308 halaman

600g

Kulit Lembut

978-967-5128-46-2

MYR 35.00

Bahasa Malaysia

Weight 0.6 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Celik Muamalah”