HANYA POSMEN

SINOPSIS HANYA POSMEN
Orang Asli sangat halus jiwanya, sensitif dan pemalu. Kalau Melayu itu sangat lembut jiwa mereka, orang Asli lebih halus jiwanya. Mereka dan alam adalah satu. Alamlah yang membentuk mereka menjadi peribumi yang berjiwa halus.
Namun begitu, perwatakan mereka sedikit berbeza mengikut lokasi tempat mereka tinggal. Pendekatan untuk mendekati mereka juga berbeza. Sebenarnya secara dasar, sama sahaja orang Melayu. Mereka yang tinggal di kampung, di kawasan hutan dan belum menerima doktrin ketuhanan amat berbeza dengan mereka yang telah menerima doktrin ketuhanan.
Mereka yang tinggal berhampiran kampung Melayu, dan sudah tergores dengan sikap sesetengah masyarakat Melayu yang memandang rendah pada mereka, juga akan membentuk sentimen pada orang Melayu. Kesimpulannya, lokasi dan tempat mereka akan menghasilkan karakter yang berbeza-beza.
Mereka ini sangat defensif terutama yang berada dalam lingkungan mereka dan tidak bercampur dengan orang luar. Sukar menerima perkara baharu lebih-lebih lagi agama baharu. Tetapi inilah sifat universal manusia. Kita pun sama akan lebih berlingdung kepada perkara baharu.
Tugas ini yang dipikul oleh kita sebagai khalifah di muka bumi. Kita membawa risalah Allah kepada semua manusia sama ada kepada bukan Muslim, sesama Muslim dan kepada semua makhluk di muka bumi ini. Bukankah tugas utusan dan khalifah Allah itu ialah sebagai ‘posmen’ Allah.
Menyampaikan yang baik-baik tentang agama Allah dan berakhlak dengan akhlak Islam agar ramai yang menyukainya. Jadi, kenapa pelik dengan usaha yang dibuat oleh mereka yang berada di luar sana, yang berbeza dengan kita?  Masing-masing memainkan peranan sendiri. Ada yang tidak mampu,   buatlah dengan cara lain, menjadi penyumbang atau setidak-tidaknya sokonglah usaha mereka.
SPESIFIKASI BUKU
• Saiz : A5 (7.1’ x 5.3’)
• Halaman : 152 muka surat
• Cetakan Kulit : 4 warna
• Cetakan Teks : 4 warna
• Jilidan : Perfet binding
• Kemasan : Matt Laminatte + Spot UV
• Kategori Buku : Travelog Dakwah
• Import/Tempatan : Tempatan
• Jenis Kulit Buku : Art Card 310gsm (kulit) + Simili 80 gsm (Teks)

RM25.00

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “HANYA POSMEN”