KOMIK SAHABAT MISI 3Q (MELANGKAH BERSAMA)

SINOPSIS:

Komik yang berunsurkan nilai Islam ini menceritakan kisah kecekalan seorang kanak-kanak iaitu Akid Fitri yang membesar dalam keluarga miskin tetapi kaya dengan kasih sayang serta nilai kebaikan. Semenjak kecil, dia dihujani ujian hidup yang membentuk jati diri dan personaliti kepimpinan (qudwah) yang kuat menerusi bimbingan ibu bapanya. Ciri qudwah dalam diri Akid ini diadun bersama sentuhan emosi rakan-rakan di sekelilingnya terutamanya Syed Ilham (mewakili nilai qanaah atau kekuatan dari segi emosi) dan Izz Hadif yang mewakili nilai quwwah (kekuatan dari segi fizikal).

Komik SAHABAT ini bertujuan mendidik anak-anak dalam memahami bahawa konflik kehidupan adalah suatu lumrah yang mana solusi terhadap konflik tersebut perlu kepada kerjasama, rujukan dan sumber ilmu yang sahih berpaksikan al-Quran dan al-Sunah.

SPESIFIKASI BUKU:

  • Kategori Buku : Komik
  • Import/Tempatan : Tempatan
  • Jenis Kulit Buku : Kulit Lembut
  • Tahun : 2023

RM14.00

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “KOMIK SAHABAT MISI 3Q (MELANGKAH BERSAMA)”