Sirah Nabawiyyah

Al Rahiq Al Makhtum : Sirah Nabawiyyah ini diibaratkan sebagai sebuah biografi Nabi Muhammad SAW yang komperehensif. Naskah ini memaparkan kisah perjalanan idup Rasul terakhir utusan Allah SWT serta tanggunjawab Baginda menyampaikan dakwah islamiah di mua bumi ini. Perjuangan Baginda penuh berliku, perjalanan hidup Baginda penuh dengan suka duka, kepayahan serta keperitan yang mungkin tidak tertanggung oleh manusia lain. Namun ajaran tauhid dan akida yang baginda sampaikan telah mencapai kejayaan yang gemilang seperti mana kehendak Allah SWT.

RM50.00

Kategori: Sejarah

Cetakan ke-12 2021

Penulis: Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri

861 halaman

1.4kg

Kulit Keras

978-9839878-45-X

MYR 65.00

Bahasa Malaysia

Weight 1.5 kg

2 reviews for Sirah Nabawiyyah

  1. Zamani Karulani

    Ada beberapa sebab kenapa saya usahakan agar tuan/puan memiliki buku Sirah Nabawiyyah terbitan YADIM yang diterjemahkan daripada buku Ar-Rahiq Al-Makhtum:

    1) Kandungan buku ini sendiri dan nilainya yang diperakui oleh ulama seluruh dunia Islam bahawa ia antara kitab sirah Nabi yang terbaik setakat ini. Kalau ditanya mana-mana ilmuan Islam mengenai buku sirah Nabi yang wajar dimiliki, mereka pasti menyebutkan Ar-Rahiq Al-Makhtum antara buku yang sangat wajar dimiliki jika bercakap soal buku sirah Nabi.

    2) Agar tuan/puan seronok membacanya dan tidak bosan. Kerana buku terbitan lain bahasanya ada yang terlalu pekat keIndonesiaannya. Buku ini merupakan usaha daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu Malaysia. Bahasanya lebih lancar, mudah dan malah seronok membacanya.

    3) Agar tuan/puan dapat memiliki buku terjemahan yang telus terjemahannya. Kerana di luar sana ada beberapa buah terbitan yang telah mengubah suai fakta yang telah ditulis oleh penulis buku iaitu Sheikh Safiyyur Rahman al-Mubarakfuri. Sekurang-kurangnya, saya sudah menjumpai 2 buah syarikat terbitan melakukannya dan ia mudah ditemui di rak-rak kedai buku. Saya tidak mahu tuan/puan terbeli yang itu!
    #sirahnabawiyyahrahiqalmakhtum

    Kredit kepada muzir.wordpress.com.

  2. Zamani Karulani

    Buku ni memang bagus untuk hadam kehidupan Rasulullah SAW.

    Bagi saya, satu karya dan kerja terjemahan yang sangat bertanggungjawab.

    Kalau kata sayang Rasulullah SAW, jadikan buku ni koleksi wajib di rak buku anda dan sudah tentu kena wajib baca.

    Harga ekonomi dan mampu milik.

Add a review