DR. YUSRI BIN MOHAMAD

Biografi Penulis Buku

Contemporary Ijtihad An Analysis Of Individual And Collective Approaches

Peribadi

Dr. Yusri Bin Mohamad dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1972 dan merupakan anak ketiga dari empat adik-beradik. Beliau telah mendirikan rumahtangga serta mempunyai 6 orang cahayamata.

Latar Belakang Pendidikan Dan Kerjaya

Beliau menerima pendidikan rendah di Kota Bharu, Kelantan sebelum menyambung pendidikan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1985 – 1989. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia dan menamatkan pengajian di dalam bidang undang-undang (LLB) pada tahun 1995 dan undang-undang (Syariah) (LLB(S)) pada tahun 1996 sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Undang-undang (LLM) (pengkhususan Undang-Undang Islam) di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London, United Kingdom dalam tahun 1997.
Beliau kemudiannya telah menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang teori perundangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2010.
Di antara bidang pengkhususan akademik beliau ialah Teori Perundangan Islam, Undang-Undang Perlembagaan Malaysia, Undang-undang Perlembagaan Islam dan Undang-undang Kewangan Islam.
Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIA Malaysia selama 15 tahun sehingga akhir 2011. Beliau juga telah diterima sebagai Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya dan berkhidmat di salah sebuah syarikat guaman di Kuala Lumpur. Selain itu, beliau juga terlibat sebagai perunding penasihat syariah dan motivasi kepimpinan dalam pelbagai kapasiti dari masa ke semasa.
Beliau kini merupakan ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Penglibatan Dalam Aktiviti Kemasyarakatan

Ketika belajar di UIAM, beliau pernah dipilih sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar UIAM. Beliau juga pernah diamanahkan sebagai Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di antara tahun 1995-1997. Beliau kemudiannya mula diamanahkan menjadi Ahli Jawatan Kuasa Kerja Pusat (AJKP) ABIM pada tahun 1997 hinggalah dipilih sebagai Presiden ABIM ke–6 pada bulan Ogos 2005 dan berkhidmat selama dua penggal hingga bulan Ogos 2009.
Dalam tempoh yang sama, beliau turut menganggotai Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dan pernah dilantik sebagai ahli EXCO Majlis Belia Malaysia (MBM).
Beliau juga merupakan bekas Pengerusi di antara pengasas Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), salah satu gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam utama di Malaysia. Beliau turut pernah mempengerusikan Allied Coordinating Committee for Islamic NGOs (ACCIN) bagi tahun 2005-2006.
Beliau juga sering dijemput sebagai pembentang, penceramah dan panelis di pelbagai peringkat termasuk di beberapa rancangan TV dan Radio.

Karya

Monograf

  1. “Pembinaan Generasi Prasyarat Kebangkitan Ummah”, ABIM, 2009, KL
  2. “Memperkasa Perjuangan Agama dan Bangsa”, ABIM, 2008, KL
  3. “Jatidiri Gerakan Mendepani Cabaran Zaman”, ABIM, 2007, KL
  4. “Kemurnian Risalah Paksi Kejayaan Misi Dakwah”, ABIM, 2006, KL

Bab Dalam Buku

  1. “Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia: Satu Tinjauan Awal”, Pluralisme Agama, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), 2012, KL. P. 187-200
  2. “Islamic Human Rights vs International Human Rights Instruments” with Umar A. Oseni, Abdul Ghafur Ed. Human Rights in Islam, Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws,IIUM, 2011, KL
  3. “Kemantapan Haraki Dalam Mendepani Cabaran Sezaman”, Empat Dekad Satu Tekad, PKPIM, 2002, KL, p.159-170
  4. “Pelajar Islam Pemangkin Perubahan Ummah”, Empat Dekad Satu Tekad, PKPIM, 2002, KL, p.171-184

Ulasan/Nota Buku

  1. Book Review: Chandra Muzaffar (ed.), Azmi Khalid, Human Rights Advocate – A Tribute, IIUMLJ, Vol.11, No.1, 2003 p.145

Leave a Reply

Your email address will not be published.