PROF. DR AJMAIN @ JIMAAIN SAFAR

Biografi Penulis Buku

Muslim Paling Baik

Ajmain @ Jimaain Bin Safar ialah Profesor di Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Johor Bahru Malaysia. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam) dan Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya (UM); Ijazah Sarjana Sains (Teknologi Pendidikan) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Diploma Tinggi Lepasan Ijazah (Falsafah Sains Islam) dari Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (IPI) dengan kerjasama UTM; dan Ijazah Doktor Falsafah Ph.D (Pendidikan Islam) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sepanjang berkhidmat di UTM dari tahun 1988 hingga 2023, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Jabatan di Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS 1996-1998), Timbalan Pengarah PPIPS (1998-1999) dan Pengarah PPIPS (1999-2002, 2006-2008). Beliau turut berpengalaman dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pusat Islam (Masjid Sultan Ismail UTM) (2002-2004) Pengarah Pusat Islam (2004-2006). Pernah mengetuai Research Group: Islamic Educational Thought And Methodology Research (2013-2018). Pernah diamanahkan sebagai Pengerusi Akademi Tamadun Islam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM (2018-2021), ahli Senat Universiti selama 8 tahun sehingga 2021 juga Ahli Majlis Dekan Pengajian Islam Universiti Awam Malaysia (2019-2021), Panel Penasihat Akademik Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 2015-2021, Panel Penilai Program Akademik Pendidikan Islam UPSI (2014-2020), Panel Penilai Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dan Pendidikan Al-Quran UKM 2007. Kini kertugas sebagai Profesor (Kontrak) di Akademi Tamadun Islam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM.

Beliau juga aktif terlibat dalam kegiatan dakwah dan kemasyarakatan melalui pertubuhan NGO. Pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Negeri Johor (1992-1998), Timb. Pengerusi PUM Negeri Johor (1998-2000), Setiausaha Pusat Rawatan Darussyifa UTM (1994-2004), Setiausaha Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES) 1999-2002, Timbalan Yang DiPertua Badan Kebajikan Staf UTM (2003-2008), Ahli Lembaga Pengurusan Madrasah Tahfiz al-Akhyar Johor Bharu (2009-2012), Timbalan Pengerusi Badan Khairat Taman Putri (2005-2012), Ahli Jawatankuasa JKKK Kulai (2006-2010), Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian Sambutan Kemerdekaan Peringkat Daerah Kulai (2006), Panel Penambahbaikan Modul Keluarga Sakinah Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Johor (2006), Pengerusi Masjid Jamek Ar-Rahman Taman Putri Kulai (2005-2019), Yang DiPertua JIM (Jemaah Islah Malaysia) Daerah Kulai (2010-2012), Yang DiPertua Pertubuhan IKRAM Kulai (2010-2012) Yang DiPertua Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor (2014-2018). Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Pusat Pendidikan Hidayah Bhd.(2015-2021) Pengerusi Tetap Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor (2018-2020) Imam Masjid Jamek Ar-Rahman Taman Putri (2000-2019), AJK Persatuan Intelektual Muslim Malaysia (PIMM) (2008–2024), AJK Kluster Latihan Dan Pembangunan Modal Insan Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia NUIM YADIM (2019-2021).

Sekarang ini beliau tetap aktif melibatkan diri dengan masyarakat selain sebagai penceramah dan panel forum juga motivasi kekeluargaan. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan Ikram Malaysia (2014-2026), Pengerusi Asatizah Ikram Negeri Johor (2018-2024) dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Ilmuwan Dan Cendekiawan Muslim Malaysia – ILMAN (2021-2023).

Atas sumbangan beliau dalam masyarakat, pernah dua kali dinobatkan sebagai Tokoh Kemasyarakatan oleh Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2006 dan 2015.

Dalam bidang penulisan, beliau telah menghasilkan 10 buah buku karya asli, 20 buah Book Chapter disamping lebih 150 buah artikel Jurnal Indeks dan non indeks.

Beliau adalah pemilik dan penulis bagi channel:

  1. Channel: 1 Hari 1 Hadis melalui telegram.me/hadisharian_ikram (lebih 100,000 subscribe sejak tahun 2015 hingga kini)
  2. Channel: Kapsul Tazkirah: telegram.me/kapsul_tazkirah (lebih 20,000 subscribe)

Dalam bidang penyelidikan, sepanjang berkhidmat dengan UTM, beliau telah terlibat dengan 26 gran Penyelidikan jangka pendek dan jangka Panjang di samping sebanyak 23 projek perundingan.

Beliau telah berkeluarga dengan seorang isteri dan dikurniakan 6 anak lelaki (4 orang telah berkahwin dan bekerjaya dengan 13 orang cucu). Manakala 2 orang lagi masih menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) iaitu anak kelima beliau merupakan pelajar Program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik UTHM, Pt Raja, Batu Pahat dan anak bongsu di Program Diploma IT di UTHM, Pagoh Muar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.