KELIRULAH NAK GUNA DARI ATAU DARIPADA,
MANA SATU YANG BETUL?
Apabila kita buat surat atau memo, pernah tak kita berada dalam situasi yang mengelirukan, nak guna perkataan dari atau daripada? Tak tahu mana satu yang betul dan tepat untuk ayat yang kita tulis, kan?
Senang sahaja teman-teman, formula mudah untuk mengingati penggunaan kata sendi “Dari” adalah ATM iaitu Arah, Tempat dan Masa. Teman-teman boleh merujuk pada poster di atas untuk contoh penggunaan ayat yang menyatakan ATM.
Manakala, untuk perkataan “Daripada”, nantikan siri Peka Bahasa yang seterusnya 😃.
Moga-moga tiada lagi kekeliruan selepas ini, okay 👌.