A LISTENING LOVE (CINTA YANG MENDENGAR)
Judul : A LISTENING LOVE (CINTA YANG MENDENGAR)
Harga : RM 39.00
Halaman : 188 muka surat
SINOPSIS:
Buku ini penting buat semua. Kenapa?
Ia menjelaskan persoalan asas dan prinsip kehidupan yang penting bagi generasi baru terutamanya yang bakal melalui ujian pada usia remaja. Bahkan, kita yang sudah lama Muslim inipun perlu memperbaharui perkara asas kehidupan agar kaki kita sentiasa teguh di atas landasan. Hanya berpaksikan ilmu kitab boleh membawa kehidupan menaiki tangga demi tangga menuju kejayaan dunia dan akhirat. Buku ini juga sesuai dihadiahkan buat hati-hati yang ingin dijinakkan bagi mengenal keindahan Islam.
Bagaimana saya menghasilkan buku ini?
Ilham tercetus apabila saya mengikuti Kursus Pembangunan Rohani dengan modul daripada Risalah al-Nur, Syeikh Badiuzzaman al-Nursi daripada Turki di UIAM. Ilham juga semakin terarah apabila saya megikuti pengajian bersijil Bustanul Amali oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Masjid Wilayah. Penyampaian Prof. Dr. Abdul LAtif berkaitan Spiritual membekalkan landasan ilmu yang teguh untuk menjadi pasak penulisan ini.
Kenapa buku ini berbentuk dialog?
Dialog menjadikan suara generasi baru didengari. Dialog menjadikan cinta merasa dihargai. Dialog memenuhi keperluan untuk mengisi masa yang berkualiti. Dialog menjadikan perbincangan lebih dekat di hati. Dialog membawa kepekaan untuk meningkat bersama hari demi hari. Dialog menjadi bukti Cinta Yang Mendengar direalisasi. Dialog kunci keberkesanan komunikasi.
RM39.00











Reviews
There are no reviews yet.