Sistem Pusaka Islam

Ilmu Pusaka adalah satu daripada cabang ilmu yang sangat diambil berat oleh Islam. Sistem Pusaka Islam yang didasarkan kepada kalam Allah iaitu al- Quran adalah merupakan sebahagian daripada sistem ekonomi Islam yang tulen. Pelaksanaannya dalam kehidupan masyarakat hari ini adalah merupakan penghayatan kepada sistem ekonomi Islam yang secara langsung menjadi jawapan yang tepat kepada masalah ekonomi pada hari ini.

Kitab ini dibahagiakan kepada beberapa bab. Bab pertama menyentuh secara ringkas mengenai pandangan am atau sejarah mengenai sistem pusaka di luar Islam dengan tujuan untuk membuat perbandingan dan membuktikan bahawa sistem pusaka Islam adalah suatu sistem yang sangat lengkap, adil dan tidak ada tolak bandingnya. Suatu sistem yang memberi jaminan hak menerima pusaka kepada tiap- tiap individu yang menjadi waris menurut keadaan dan kelayakan masing- masing dengan tidak menyingkirkan seseorang waris itu daripada menerima pusaka kerana semata- mata perempuan atau kelemahannya. Malahan apa yang dititikberatkan ialah taraf dan kedudukan serta hubungan dengan si mati selagi tidak ada sesuatu yang menegahnya daripada menerima pusaka.

Kemudian di dalam beberapa bab yang berikutnya, penulis cuba membawa dan menerangkan seberapa jelas akan kedudukan sistem pusaka di dalam Islam dengan membawa pendapat- pendapat ulama dan dalil- dalil mereka di tempat- tempat yang ada khilaf dengan membuat penegahan khas dalam mazhab syafie yang menjadi mazhab yang diikuti oleh sebahagian besar dari umat Islam Malaysia. Selain itu, dibincangkan juga persoalan semasa dan juga masalah- masalah yang berkaitan dengan pusaka serta cara- cara penyelesaian dengan huraian yang mendalam

Buku ini akan dapat memberikan panduan dan rujukan yang berguna kepada para pembaca khususnya golongan pelajar, mahasiswa dan mereka yang menyedari akan tanggungjawab untuk melengkapi diri dengan kefahaman Islam yang luas dan sempurna. Penulis dengan segala tawaduknya menyiapkan sebuah kitab Ilmu Faraid untuk masyarakat Islam, terutama sekali kepada pelajar- pelajar di peringkat pengajian tinggi, golongan ilmuan Islam dan guru- guru agama dengan harapan agar dapat menjadi salah satu daripada bahan bacaan dan pelajaran serta rujukan mengenaiilmu pusaka.

Umat Islam diseru mempelajarinya agar terpelihara daripada melakukan kesilapan dalam pembahagian pusaka dan memakan harta secara batil dan tidak benar. Bahan asas dalam bidang pengurusan dan ekonomi Islam pada semua peringkat. Jawapan kepada kebuntuan masalah pusaka yang dihadapi oleh masyarakat Islam dan bukan Islam.

“Pelajarilah Ilmu Faraid dan ajarkanlah ia kepada orang lain.  Sesungguhnya ia adalah setengah daripada ilmu dan ia adalah ilmu yang akan dilupakan dan ia merupakan suatu ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku.” [Riwayat Abu Hurairah RA)

 

Penulis : Haji Abdul Kadir bin Haji Ismail
Halaman : 274 mukasurat
Harga : RM32.00
ISBN : 978-983-9878-00-4
Penerbit : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Kompleks Islam Putrajaya,

Aras 4 Blok D,

No. 3, Jalan Tun Razak,

Presint 3, 62100 Putrajaya.

Tel : 03- 88703870

buku.yadim.com.my

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.