PEKA BAHASA #3

PEKA BAHASA DATANG LAGI!

Biasa tak kita rasa janggal nak menggunakan istilah yang biasa kita guna dan dengar dalam bahasa Inggeris tetapi dimelayukan?

Jika disebut perkataan; VIRAL, BUNTING, HIGHLIGHT, BACKDROP, kita tak rasa janggal kan?
Tapi kalau nak menggunakannya dalam bahasa Melayu, rasa macam ada yang tak kena pula.

Tahukah anda, bahawa pihak Dewan Bahasa dan Pustaka ada memperkenalkan istilah baharu sesuai dengan keadaan semasa.

Istilah baharu telah diperkenalkan bagi menggantikan istilah dalam bahasa asing dan sebagai salah satu cara untuk mengekalkan keindahan bahasa kebangsaan.

Jadi, untuk peka bahasa berkaitan istilah semasa ada dua perkataan baharu yang dapat kita sama-sama belajar dan menggunakannya.

Marilah kita membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul.

Salam hormat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.