DATO’ ABD MANAF BIN HAJI AHMAD, PJN

Biografi Penulis Buku 
1. Hentikan Polemik Negara Islam
2. Melodi Iman Dalam Solat Lima Waktu

Dilahirkan pada 13.4.1934 di Kepala Batas, Seberang Perai Utara dan dibesarkan di Sungai Petani, Kedah. Berkelulusan Diploma Muslim College Malaya 1961 dan sarjana dalam bidang sejarah dan tamadun Islam, Cairo Universiti 1979.

Antara pengalaman beliau adalah :

  • Bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Al Masyhor Pulau Pinang
  • Bertugas sebagai Atache Pelajaran dan kemudian sebagai Penasihat Pelajaran di Kedutaan Besar Malaysia di Mesir (1965-1980)
  • Meneroka peluang memasuki Fakulti Perubatan Farmasi dan Pergigian ke universiti-universiti di Mesir kepada pemegang sijil School Certificate dan kemudian Sijil Pelajaran Malaysia yang mendapat sekurang – kurangnya kepujian dalam Physics, Chemistry Biology dan English
  • Menjalinkan hubungan yang erat dengan pihak universiti-universiti di Mesir terutamanya Universiti al-Azhar
  • Menjadi anak angkat kepada Prof Dr. Mohammad Al-Bahai, bekas Presiden Universiti al-Azhar dan bekas Menteri Wakaf, dan Sheikh Prof Dr. Abdel Halim Mahmud, Imam Besar al-Azhar
  • Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
  • Ahli Parlimen Sungai Petani
  • Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
  • Ketua Pegawai Ekskutif Institut Kemahiran Baitulmal, Wilayah Persekutuan
  • Naib Presiden Universiti Islam Malaysia
  • Sekarang menjalankan penyelidikan dan penulis MANAF RESEARCH CENTRE.

Antara buku-buku yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah:

  • Sejarah Penubuhan UMNO
  • Islam Hadhari dalam Negara Islam
  • Malaysia Sebagai Negara Islam
  • Haid Dari Perspektif Perubatan
  • Sejarah Perjanjian Hudaibiah
  • Kontrak Sosial
  • Sejarah Perlembagaan Malaysia
  • Misteri Kolej Islam Malaya
  • Mengapa perlunya Universiti Islam Malaysia
  • Kiambang Bertaut
  • Hijrah Membangun Minda
  • Rencana dalam Utusan Malaysia dan Berita Harian Dalam

Dalam Bahasa Arab:

  • ماليزيا كالدولة الإسلامية
  • الهجرة النبوية: حكمتها وأسرارها
  • الشوق والحنين إلى الماضي

Leave a Reply

Your email address will not be published.