Wanita & Cabaran Zaman

Buku ini merupakan yang kedua dihasilkan oleh penulis dan diterbitikan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Kali ini penulis menyentuh tentang masalah-masalah yang melanda kaum wantia pada zaman sekarang.  Semakin zaman berubah, cabaran dan masalah yang dihadapi oleh kaum wanita juga semakin hebat.  Sejarah dan kemajuan membawa pelbagai implikasi kepada kehidupan masyarakat masa kini. Sama ada baik atau buruk, wanita tidak terlepas daripada menerima kesannya.

Gaya hidup, taraf sosial serta pendidikan wanita kini jauh berbeza daripada apa yang dilalui oleh wanita terdahulu.  Natijahnya, mereka perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang terkesan daripada kemajuan yang dinikmati.  Penulis berpendapat cara penyelesaian kepada masalah dan cabaran ini semestinya berbeza daripada metode yagn digunakan oleh generasi sebelum ini.

Melalui buku ini, penulis membuat kupasan daripada perspektif wanita masa kini yang terdedah kepada kemajuan dalam segala aspek kehidupan. Buku ini dapat dijadikan panduan untuk mereka menghadapi kehidupan yang semakin mencabar dan menekan, tanpa hilang kewarasan fikiran dan tindakan. Sesuatu yang ditekankan oleh penulis ialah peri pentingnya merujuk dan menjadikan al-Quran dan hadis – dengan disertai ilmu – untuk menangani sembarang situasi mahupun masalah.  Sesungguhnya Islam merupakan agama lengkap untuk sepanjang zaman dengan al-Quran dan hadis sebagai panduan.

 

Buku ini dilihat dapat membantu wanita mengharungi kehidupan dengan lebih bersemangat dan yakin. Dalam keghairahan wanita mengejar kemajuan, ada perkara- perkara yang mereka terlepas pandang mahupun terkeliru. Penulis cuba memberi kesedaran bahawa Islam memandang tinggi kepada kaun wanita dan telah menempatkan mereka pada kedudukan yang mulia. Walau berhadapan dengan masalah paling getir, sentiasalah berpegang kepada al- Quran dan Sunnah supaya tidak terpesong dan untuk memelihara kehormatan diri.

Penyampaian penulis memberi kekuatan kepada wanita untuk menghadapi hakikat dalam kehidupan: ada masalah yang boleh diatasi, banyak juga perkara yang di luar kawalan kita sebagai manusia, maka kita harus reda menerima ketentuan Allah SWT dan bersabar.

 

Penulis : Dr. Saodah Abd. Rahman
Halaman : 183 mukasurat
Harga : RM15.00
ISBN : 978-967-5128-08-0
Penerbit : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Kompleks Islam Putrajaya,

Aras 4 Blok D,

No. 3, Jalan Tun Razak,

Presint 3, 62100 Putrajaya.

Tel : 03- 88703870

buku.yadim.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.