PENCARIAN MANUSKRIP 2022 DIBUKA

YADIM membuka peluang kepada para penulis untuk menghantar manuskrip buku bagi penilaian dan diterbitkan oleh pihak kami.

Genre apa yang kami terima?
Kami menerima manuskrip dalam pelbagai bahasa yang mengikut genre buku seperti poster di bawah.

Bagaimana nak menghantar manuskrip?
Anda boleh terus klik pautan di bawah:

📑 Penghantaran manuskrip: https://forms.gle/merdPVWiKLSJRaZu9

📔 Panduan penghantaran manuskrip: https://bit.ly/367m7jR

Sebarang pertanyaan boleh terus e-melkan kepada pencarianmanuskrip@yadim.com.my unitbuku@yadim.com.my dan boleh hubungi Puan Najwa di talian 03- 8870 3870 Ext 210

FAQ | SOALAN LAZIM

1. Apakah genre yang diterbitkan oleh penerbitan YADIM?

Semua kategori buku kreatif dan buku bukan kreatif dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa sukuan.

Karya terjemahan dari Indonesia, Inggeris, bahasa Arab, dan lain-lain.

2. Apakah syarat penghantaran manuskrip?

Manuskrip mestilah karya asli dan tidak pernah diterbitkan secara swaterbit ataupun dengan penerbit

3. Berapakah bilangan muka surat yang diperlukan?

Tiada mimimum muka surat. Pertambahan atau pengurangan muka surat akan dimaklumkan setelah dinilai oleh editor.

4. Bagaimana proses penilaian dilakukan dan dalam tempoh berapa lama?

Setiap manuskrip akan melalui proses penilaian luar atau dalaman yang telah digariskan oleh YADIM dan dibawa ke Mesyuarat Editorial. Jika manuskrip diterima, pihak kami akan memaklumkan kepada anda dalam tempoh enam bulan selepas penghantaran manuskrip.

5. Buku akan dicetak berapa banyak?

Jumlah cetakan manuskrip yang dipersetujui diterbitkan adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat dan juga Dasar Penerbitan.

6. Kadar bayaran royalti akan dikira macam mana?

Bayaran royalti dengan kadar tidak lebih dari 12 peratus dan tidak kurang dari 7.5 peratus mengikut jenis manuskrip yang dipersetujui diterbitkan oleh YADIM. Juga,tertakluk kepada perjanjian penerbitan.

8. Bilakah tarikh tutup penghantaran pencarian manuskrip?

Manuskrip boleh dihantar sepanjang tahun 2022 melalui borang yang disediakan.

9. Untuk penghantaran manuskrip ada format tertentu ke?

Pihak kami terbuka untuk anda menghantar karya manuskrip anda sama ada yang sudah direka bentuk kandungan ataupun belum.

Leave a Reply

Your email address will not be published.