BIOGRAFI PENULIS BUKU MENELUSURI 1000 TAHUN FIQH SYAFII ALAM MELAYU Ustaz Haji Azhar bin Haji Yahya

Dilahirkan pada 27 April 1975 di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan, Parit, Perak. Beliau mendapat didikan awal al-Quran di tangan ibu bapanya, manakala pendidikan rasmi bermula di Tadika Zaita dan Sekolah Kebangsaan La Salle 2, Sentul diperingkat rendah. Sementara di peringkat menengah, beliau bermula di Sekolah Agama Menengah Batu 16 Rawang sebelum ke Sekolah Agama Menengah Tinggi, Kuala Kubu Baharu (SAMT KKB) dan yang terakhir ialah Kolej Islam Sultan Alam Syah sebelum berangkat ke Mesir pada 1994.

Semasa di Mesir beliau telah mengambil jurusan Syariah Islamiah di Kaherah dan menyambung pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Syariah juga dan mendapat Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian. Jasa para pensyarah di UKM sangat banyak dalam menajamkan kembali ilmu yang diperolehi beliau di Al-Azhar terutamanya dalam aplikasi ilmu turath. Penulisan Ilmiyyah beliau yang diselia oleh Dr. Siti Zulaikha Mohd Noor telah diterbitkan menjadi buku Fiqh Jumaat Mazhab Syafi’i.

Dalam aktiviti kepimpinan, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Penasihat, Setiausaha Agung dan Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan. Di peringkat negeri pula beliau bersama sahabat-sahabat lain telah menubuhkan Badan Kebajikan Anak Kuala Lumpur, Mesir untuk menyatukan seluruh mahasiswa yang datang daripada Wilayah Persekutuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.