NORIAH HAJI SIREN

Biografi Penulis Buku

  1. Buku Cerita Kanak-kanak: Mari Menjelajahi Planet!

NORIAH HAJI SIREN ialah anak kelahiran Sabak Bernam, Selangor. Beliau memilih bidang Pendidikan Pengajian Islam ketika belajar di Maktab Perguruan Islam, Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1990). Kini bertugas di Sekolah SIRAJ Abdullah Ibnu Mas’ud, Presint 11, Putrajaya. Mula berkecimpung di arena penulisan sekitar tahun 2006. Buku Siri Latih Tubi UPKK keluaran Nadwa Enterprise (2006), merupakan buku sulung susunan beliau.

Kini beliau aktif berkarya dalam beberapa genre penulisan kreatif seperti cerpen, puisi, cerpen kanak-kanak, travelog dan anekdot kehidupan. Beliau juga telah menyelenggara penerbitan buku Antologi Melamar Senda di Wilayah Kota dan Melamar Senda Mengukir Sejahtera, terbitan Wacana MBM (2021).

Beliau mula menulis buku cerita kanak-kanak versi tulisan Jawi, apabila mendapati kekurangannya buku cerita kanak- kanak dalam tulisan Jawi di pasaran. Buku Mari Menjelajah Planet ini adalah salah satu daripada karyanya dalam Siri Sains Ketuhanan (tulisan Jawi) yang terdiri daripada sepuluh tajuk iaitu Indahnya Bulan, Wah, Panasnya Matahari!, Kupetik Bintang dan lain-lain tajuk lagi yang menarik.

Antara buku antologi yang mengandungi karya beliau ialah:

Cerpen kanak-kanak:

  • Budak Gadget; Bonda Nor Resources 2018,
  • Berbakti Kepada Sekolah; Wacana MBM 2020, Berkhasiatnya Juadahku; Wacana MBM 2020,
  • Berwisata ke Pantai Timur; Syfe Management Sdn Bhd 2021.

Cerpen keagamaan:

  • Di Bawah Lembayung Kasih-Mu; Wacana MBM 2021

Puisi:

  • Kudup Cinta; Persatuan Penulis Johor 2021,
  • Munajat Untuk Palestin; Persatuan Penulis Johor 2021

Anekdot Kehidupan:

  • Naskah Kehidupan; Wacana MBM 2018,
  • Kendera Kehidupan; Wacana MBM 2019,
  • Lingkungan Kehidupan; Wacana MBM 2020,
  • Murabbi di hatiku 2; Wacana MBM 2020
  • Melamar Senda Di Wilayah Kota; Wacana MBM 2021
  • Melamar Senda Mengukir Sejahtera; Wacana MBM 2021
  • Makanan Kehidupan; Syfe Management Sdn Bhd 2021
  • Kebun Kehidupan; Syfe Management Sdn Bhd 2021
  • Menjejaki Jalan Kenangan; Wacana MBM 2021
  • Literasi Kehidupan; Wacana MBM 2021,
  • Guru Kiriman Tuhan; SYFE Management 2022
  • Terapi Minda, nostalgia Cinta; Wacana MBM 2023

Buku motivasi santai:

  • Selepas Hujan Turun; Aksara Mind 2019
  • Terima Kasih Tuhan; Bonda Nor Resources 2021

Travelog:

  • Indahnya Desaku; SHE Enterprise 2019
  • Travelog Cuti-Cuti Malaysia; SHE Enterprise, 2019
  • Travelog Sesayap; Wacana MBM 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published.