Tahun 2023 adalah tahun mengangkat bahasa, memartabatkan persuratan.
Seumumnya menjelang tahun baharu ini, kami komited untuk memartabat dan memantapkan penggunaan bahasa Melayu menerusi Projek Peka Bahasa 2023. Moga-moga usaha kecil ini memberi kesan baik kepada anda dalam menggunakan bahasa Melayu dengan betul, tepat dan berkesan.
Jadi, untuk peka bahasa yang pertama, marilah kita membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul.